Tuesday, January 18, 2011

Encik M

Bezanya minyak dengan air, lebih berbeza lagi aku dengan engkau. Setiap kali aku menghirup udara yang asing ini, berkali banyak lagi hirupan engkau. Dan bila bola mata aku terkial-kial mencari engkau, pendangan aku beralih arah ke bawah, tapi yang terlihat hanyalah hidung aku. Dan engkau bersembunyi disebalik bayangnya.

Baru kau tahu tinggi rendah KLCC bila dibanding dengan hidung aku yang lebih kukuh dari bangunan berpajakkan lumpur yang engkau dirikan itu. Kerana hidung aku dilahirkan oleh semangat dan dibesarkan oleh dedikasi. Dibelai oleh keikhlasan dan ditatang dengan niat. Niat untuk mendidik

Anak engkau
Bangsa engkau
Di bumi engkau.

Tapi engkau kembali dengan ego yang lebih tinggi dari hidung aku. Sedarlah.
Kembangkan ilmu mu sekembang hidungmu itu.




Gambar sekadar hiasan. Hidung Hamzah Ian.

2 comments:

  1. ya allah.
    sejak bila kau dah mula bersajak stok aku
    tak faham ni.

    ReplyDelete
  2. hahaha...tgk emo ni...result trok kot...huahahaha

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang