Sunday, January 9, 2011

Comeback

Akhirnya, selepas setahun hibernate, aku kembali blogging semula. Selama hari ni yang semua orang ingatkan aku menipu yang aku still blogging tapi sorok kan blog tu sangat tak betul sama sekali. Macam muka penipu ke aku ni? haish -__-"

Ye, perasan tak perasan dah setahun tak tulis blog. Kalau orang koma, by the time dia bangun dah menopause dah kot. Beberapa kali intend nak tulis balik dan akhirnya termakbul jua intention tu.

Ok dah, panjang gila mukaddimah. Zzzzzz (ayah tidur).

Hari-hari yang konon nya diisi dengan study smpai stress-stress tak tidur (tipu), tak makan (tipu lagi) dan jerawat meletup-letup macam the ring of fire (tak tipu dah), rasa macam nak betul-betul hibernate dan hidup dalam gua dengan muka yang sangat scary ni, tak layak untuk diperlihat di dunia, tsk. Tapi lebih kerana faktor pemakanan bukannye stress study ye, harap maklum.

Oleh kerana memang tak layak untuk keluar dari rumah dan tambahan lagi konong-konong sibuk sangat study terpaksa lah menolak offer Hakim untuk amik dan ikut pergi kenduri kahwin. Lepastu menyesal dan call Hakim balik, tapi tak terkeluar nak suruh ambil sebab dah malu dan takut dipanggil bangang oleh adik sendiri lepastu yang terkeluar tolong belikan makanan tapi akhirnya turut dipanggil bangang jugak, tsk.

Lepas semalaman menyesal tak ikut Hakim, sedang tidur terkeluar air basi, tiba-tiba telefon berbunyi wonderparents nak menyelamatkan keadaan dan offer pergi kenduri. Tapi disebabkan kebangangan yang melampau pergi tolak offer tersebut dan menyesal lagi. Tsk. Lepastu call balik suruh ambil tapi memang tak dapat la kan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak estima di highway tak boleh nak u-turn balik ke Shah Alam, tsk.

Tapi takpelah, petang tu dapat juga bunga telur dari kenduri tersebut dan dapat juga lah melihat rupa mempelai yang ada letak gambar mereka dekat bunga telur. Tiba-tiba ter imagine masa depan dan bayangkan macam mana bunga telur aku bila kahwin nanti. Nak letak tak gambar macam diaorang ni. Kalau letak macam best je, meh kita previu sikit...



Eh tak boleh jadi, nampak jerawat je la pulak. Takpe2, kita buat hitam putih je la, jimat kos sikit...



Arggghh! fine, tak payah lah letak gambar. T_T pasrah.

2 comments:

  1. sengal. ahhahahah.
    welcome back syar syar. bcoz im back too :))

    ReplyDelete
  2. hee, thx. orait, lpas ni bole stalk blog each other.ngee~

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang