Friday, September 4, 2009

Persoalan

Memandangkan bulan ini ialah bulan yang mulia, semua sayitan-syaitan telah digari, aku pun tak nak lah buat assumption bahawa purse aku kena curi. Walaupun most probably purse aku memang kena curi.

Dan sekali dalam usaha mengurangkan dosa di bulan yang mulia ini, aku tak nak lah merungut dan menyumpah seranah pencuri tersebut. Mungkin kerana aku tak 100% yakin yang purse aku kena curi memandangkan aku memang selalu terhilangkan barang seperti IC, sabun, sepit baju dan macam-macam lagi. Ataupun juga mungkin kerana sebab memang salah aku, pergi tinggalkan purse dekat luar.

Aku sendiri tak pasti bila purse tersebut hilang, ini kerana aku pergi library pagi dan petang. Dua-dua pun aku tak bawa masuk purse.

Mula-mula teringat macam nak letak purse di poket belakang seperti amalan atok dan ayah yang suka menyumbat poket belakang dengan wallet dan sikat (walaupun seorang dan hilang warna rambut dan seorang lagi dah hilang rambut), tapi teringatkan betapa merepeknya rupa mereka menyumbat purse gemuk di kaki yang sedia gemuk, terbatal pula niat aku nak mengikut jejak langkah mereka.

Makanya purse pun hilanglah.

Apa-apa pun, menjadi aku yang mempunyai ego yang tinggi menggunung, tentunya aku tak nak mengaku salah aku. Sebaliknya, aku merasakan bahawa faktor-faktor sebenar yang menyumbang kepada pencurian purse di library adalah:-

1. Sewaktu aku pergi library di waktu pagi aku memang terlupa nak ambil purse dari beg. Tambahan lagi beg aku ditempatkan dengan beg orang-orang yang sekelas. Sikap pelupa ini mungkin disebabkan oleh gene atok yang selalu lupa nak bawa gigi. Aku pun terikut-ikut sikap pelupa ini memandangkan saban hari aku meluangkan masa bersamanya dan giginya.

2. Sewaktu pergi library kali ke dua, iaitu di waktu petang pula, aku macam dah teringat nak bawa purse masuk. Tiba-tiba... aku teringat pula masa dekat rumah bila mana umi suruh ayah sorokkan bateri laptop tapi ayah tak nak sebab dia tawakkal. Menjadi aku yang mengikut jejak langkah role model pun, aku hanya bertawakkal dan tak jadi nak bawa masuk purse.

Tapi kenapa ye, bila aku terhilangkan purse, ayah terus cakap 'ledey', tapi bila ayah terhilangkan Umar tak de siapa cakap ayah ledey. Bila aku terhilangkan IC orang akan cakap 'loklak', tapi bila atok lupa nak bawa gigi takde siapa nak panggil dia loklak.

Ternyata walaupun kita mungkin telah merdeka selama 52 tahun, tapi minda kita belum merdeka lagi. Tolong jangan amalkan diskriminasi seperti ini. Tsk.

4 comments:

  1. mungkin kita masih gagal dalam membentuk modal insan demi menjana negara yang berintegrasi rakyatnya.

    ReplyDelete
  2. wtf?mcm slogan msu je.haha
    weh blog kejadah ko ta bole komen pun
    and buat cpt2 kuih kau,aku ta saba na rase.ngee

    ReplyDelete
  3. Purse kau?haihhh.aunty aku baru kena ragut semalam.adoyyy.raya.raya ny byk kan berlaku benda.benda tak sepatutnya.kan.kan?wuuu..
    adoyyy.apehallahh.tp perangai sumbat pure di belakang tu mmg tabiatkuhh!HAHHAHA..

    alahai.alahai...=P

    ReplyDelete
  4. ngehhh.
    takbolehhh comment lg ke?
    tape.
    nnt aku try balik.
    ngehh

    ReplyDelete

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang