Sunday, March 20, 2011

Teruja

Akhirnya selepas berhempas pulas melawan nafsu untuk tidak meng-update blog supaya nampak macam berhempas pulas study untuk final exam, sekarang nafsu sudah tidak perlu dikawal-kawal lagi dan boleh lah kita meng-update blog yang telah sekian lama ditinggal-tinggal.

Jadi kalau aku banyak merapu dalam entri kali ini silalah maafkan. Almaklumlah, benda yang dah lama ditinggal, bila jumpa balik mesti excited terlebih kan.

Contohnya macam atok aku, lepas dah berabad-abad lamanya tak naik basikal, bila reunite dengan basikal mesti lah excited terlebih kan. Kayuh pun laju-laju, selagi ada kereta yang mendahului selagi tu beliau meningkatkan kelajuan. Akhirnya, sikap teruja tu membawa padah. Kan dah terjatuh dari basikal. Alhamdulillah ada dua penduduk prihatin yang nak menolong atok.

Lepastu dah teruja la pula sebab ada orang dah tolong. Terus atok hadiahkan pokok bunga kat rumah yang membawa kepada kemarahan isterinya. Daripada situasi ini kita dapat pelajari bahawa sikap keterujaan yang melampau membawa padah.

Walaupun begitu, sebagai Melayu mudah lupa, kita semua mudah lah lupa apa yang telah diajarkan kepada kita.

Jadi, insiden yang lebih kurang sama telah berulang semalam.

Oleh sebab umi yang ter-over excited lepas jumpa kawan-kawan lama di kenduri, dan lalu jalan-jalan lama yang mengembalikan nostalgia nya, umi terus lah bercerita dengan penuh semangat dan keterujaan.

Dalam kereta baru balik dari kenduri nak balik Klang, umi pun bercerita...

"Eh, seronoknya lalu sebelah pantai-pantai ni"

Aku dan ayah hanya mengiakan.

"Dulu-dulu waktu nak balik JB lalu jalan ni la...seronok je..."

Aku dan ayah mengiakan lagi. Umi terus sembung bercakap...

"Ha SMK Rompin..."

Semua masih mengiakan lagi....

"EH KENAPA KITA KAT ROMPIN?"

Kali ni, keterujaan telah membawa 70km padah salah jalan. Walaupun kita masih lagi Melayu, confirm lepas ni tak boleh lupa dah.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang