Friday, January 14, 2011

Punca Penumbuhan Jerawat

Peraturan memang dibuat untuk diikut. Eh silap, lebih tepat lagi untuk menyusahkan hidup orang. Terutamanya kalau peraturan yang di buat melampau sampai memudaratkan hidup orang dan bukan nya menyenangkan lagi, macam yang aku ceritakan tentang nasib hidung aku dalam entri ini. Sesuatu yang di buat dengan niat untuk menyenangkan tapi sifatnya menyusahkan itu tidak layak dipanggil peraturan.

Tambahan lagi dengan peraturan dari pihak yang lain-lain tentang perkasa yang sama. Bagaimana pula kalau kita tersepit di antara dua peraturan? Tentulah kita memilih untuk melanggar peraturan yang kurang memudaratkan.

Contohnya, kalau kita tidur di rumah kawan kita sebab esok kelas pagi subuh sebelum terbang lalat lagi dan kena parking juga kat rumah dia sebab kalau parking kat luar kena saman dan mengikut peraturan parking pelawat kena keluar sebelum pukul 12. Jadi, kita memilih untuk parking di lot sendiri yang terang tang tang nya memang tak dipakai langsung sebab penghuni rumah semuanya tidak memandu kereta.

Tapi kalau anda seorang lifeless guard yang menghabiskan masa lapang tengok dangdut Kelantan (amaran: klik link tersebut boleh menyebabkan mata anda berdarah-darah dan buta), lepastu tak cukup duit untuk melanggan call girl, anda akan end up cari duit dengan source-source yang akan menyusahkan hidup orang seperti clamp kereta orang yang tak sepatutnya.

Kerana bagi Pak Guard pemikiran cetek macam tu, mereka menganggap bahawa bagi penghuni-penghuni pangsapuri ini, duit itu memanglah macam tahi, lepas makan keluar kat bontot. Jadi dengan rela hatinya kami akan serahkan duit untuk membuka clamp kereta.

Ok dah la, penat beremosi terlebih di blog tambahan lagi dengan penat aku bergaduh dengan guard tadi sampai kawan-kawan dah cuak sebab aku bajet gangster padahal kena kejar dengan kucing pun lari lintang pukang. Huehehe.

Perkara-perkara macam ni lah yang membuat otak aku berserabut lagi stress tambahan lagi dengan exam Musculoskeletal System yang bakal diduduki esok hari. Lagi stress bila memikirkan yang minggu depan dan tak exam dan tak perlu bertapa di rumah lagi.

Eh kenapa stress pulak? Oh ya, sebab jerawat tak hilang-hilang lagi. Jadi, untuk mencari konklusi mari kita pergi ke punca masalahnya...

Memandangkan jerawat tumbuh sebab stress study, jadi untuk menghilangkan jerawat kita perlu la kurang kan study, eh silap kurangkan stress. Eh tak sama ke?

Wednesday, January 12, 2011

Studying the Simpsons way

Selepas dua hari berturut-turut exam pukul 5-7, akhirnya hari ni dapatlah merasa exam pukul 1 di Chancellor Hall. Akhirnya tak perlu lagi berlari dalam baju kurung dan pumps dari Persanda ke MSU lepastu setiap kali ternampak orang je terus slow down dan akhirnya bila sampai ke bilik exam terpaksa pause kejap untuk tarik nafas panjang-pajang dan senyum kambing untuk menyembunyikan kepenatan marathon dan kemaluan sebab datang lambat.

Nasib baik esok pun exam pukul 1 jugak, tak payah dah lah berlari macam kena kejar kucing lagi. Namun begitu, semua benda pun ada pros and cons nya. Pros nye, eh silap cons ye, eh eh mane-mane yang buruk la, tak dapat dah lah study sampai petang jadi terpaksa la stay up malam ni.

Kerana selagi tak terasa bahang nak exam selagi tu belum ada kesedaran untuk study. Bila dah pukul 11.55 malam baru perasan eh rupanya ada exam esok, lepastu baru terkial-kial nak study dan untuk pertama kalinya buka nota dan past year. Oleh sebab terpaksa belajar dari chapter 1 sampai la chapter 5 dalam masa 1 malam memang berkawan dengan burung hantu la jawabnya.

Lepas tu keesokan harinya terus terasa nak demam dan selesema jadi dah siap sedia bawa tisu masuk exam room tapi kena surrender dekat invigilator.

Yesss! memang terbaik la, aku memang saje bawa tisu tu nak bagi kat invigilator tu walaupun tak dapat 20 sen in return kan. Lepastu bila tanya macam mana kalau hingus saya terkeluar? Awak nak hisap ke? Eh eh kalau tambah yang tu terus kena lempang pulak kang. Terus dia jawab, "itu lain cerita".

Err, takkan nak angkat tangan setiap kali nak pakai tisu? Sebab hidung aku ni bocor dan sentiasa mengalir air jadi sentiasa perlu kan tisu. Memang kejang la tangan nak dibiarkan terangkat sepanjang masa tambahan lagi dengan aroma ketiak aku yang memang wangi gila bila berpeluh-peluh habis marathon nak ke dewan exam kan. Terbaik la, sedekah air refreshment dekat rakan-rakan seperjuangan. Oleh sebab aku baik hati dan considerate aku biarkan je la walaupun terpaksa melencunkan exam paper tu.

Tapi tu kes hari pertama exam. Lepas keluar dari exam hall dan terus patah hati sebab memang takde jodoh nak berjumpa dengan A dalam result mid term terus dua paper berturut-turut hilang motivasi nak study.

Bak kata Homer Simpson,
"Kids you tried your best, and failed miserably. The lesson is, never try,"

Macam best je nasihat dia.
Tapi bila search gambar Homer di Google...

Err rasa nya tak boleh pakai kot nasihat tu.
*Sigh*

Tuesday, January 11, 2011

Misteri Minggu Exam

Tajuk dah macam Siri Salma la pulak...

Kalau di malam Selasa yang esoknya ada exam Bio-Ethics tapi sedang menonton drama Melayu di Astro Prima lepastu kena tanya dengan housemate "esok takde paper ke?"

Sambil ber FB dan kena tanya lagi pula dekat status "esok paper pukul brape?". Rasa macam Deja Vu pulak.

Sambil update blog dan readers semua tertanya-tanya "esok perempuan ni takde paper ke?"

Berikut adalah ciri-ciri orang yang dah sangat pandai sampai tak perlu study ataupun orang yang tak pandai langsung tapi still takde kesedaran untuk study.

Err rasanya bukan kategori yang pertama tu...

Tapi kalau jerawat masak lemak cili api di muka sampai menggelegak, bersin sampai terkeluar bulu hidung, hidung berair lagi tersumbat sampai terpaksa bernafas ikut mulut dengan kuat-kuat sampai orang toleh dua kali nak cek tengah berdengkur ke apa itu ialah rupa orang yang banyak sangat study sampai stress.

Hmmm...musykil

Monday, January 10, 2011

Cobaan

Alkisah seorang pelajar terlampau rajin.

2 jam sebelumnya....

Masih banyak belum study tapi buka buku je kepala terlentok, mata terlelap, mulut menganga dengan luasnya dan keluuar lah air terjun melimpah dari mulut. Port dah cantik tapi wrong timing la pulak. Adeh, tak boleh jadi ni. Buka mata je buku dah basah lencun. Eh dah setengah jam berlalu.

Bertambah-tambah gelabah sambil buka notes dalam laptop. Ok, semua dah baca. Cari nota lebih dari google. Ahhh, tembak itik...apa ni...tak kena...ahh, bongek punya advert distract aku...

Ok dah dah, duduk depan latop memang tak jadi study. Kena masuk bilik ni...

Masuk bilik ternampak cermin. Terus senyum menawan kepada diri sendiri tapi tiba-tiba.....Ahhhhh, jerawat godak....buruknye muka aku....macam mana nak study ni...stress...stress....ahhhh jerawat....

Kena masuk bilik air ni nak examine jerawat dengan lebih teliti....Ahh, sakitnya jerawat ni tak mau keluar-keluar....

Keluar bilik air je dah setengah jam lagi berlalu...

Tengok decoder astro....alamak, dah pukul berapa ni....kena siap cepat dah nak exam....

2 jam kemudian...

Waaaaaaaaaaaa...susahnye....nak ketuk hidung lecturer, nak tarik rambut sampai botak, nak terjun longkang, nak pergi Siam....eh eh, apa kena mengana...

Pengajaran, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian....

Errrr ayah ajar sampai situ je...

Sunday, January 9, 2011

Comeback

Akhirnya, selepas setahun hibernate, aku kembali blogging semula. Selama hari ni yang semua orang ingatkan aku menipu yang aku still blogging tapi sorok kan blog tu sangat tak betul sama sekali. Macam muka penipu ke aku ni? haish -__-"

Ye, perasan tak perasan dah setahun tak tulis blog. Kalau orang koma, by the time dia bangun dah menopause dah kot. Beberapa kali intend nak tulis balik dan akhirnya termakbul jua intention tu.

Ok dah, panjang gila mukaddimah. Zzzzzz (ayah tidur).

Hari-hari yang konon nya diisi dengan study smpai stress-stress tak tidur (tipu), tak makan (tipu lagi) dan jerawat meletup-letup macam the ring of fire (tak tipu dah), rasa macam nak betul-betul hibernate dan hidup dalam gua dengan muka yang sangat scary ni, tak layak untuk diperlihat di dunia, tsk. Tapi lebih kerana faktor pemakanan bukannye stress study ye, harap maklum.

Oleh kerana memang tak layak untuk keluar dari rumah dan tambahan lagi konong-konong sibuk sangat study terpaksa lah menolak offer Hakim untuk amik dan ikut pergi kenduri kahwin. Lepastu menyesal dan call Hakim balik, tapi tak terkeluar nak suruh ambil sebab dah malu dan takut dipanggil bangang oleh adik sendiri lepastu yang terkeluar tolong belikan makanan tapi akhirnya turut dipanggil bangang jugak, tsk.

Lepas semalaman menyesal tak ikut Hakim, sedang tidur terkeluar air basi, tiba-tiba telefon berbunyi wonderparents nak menyelamatkan keadaan dan offer pergi kenduri. Tapi disebabkan kebangangan yang melampau pergi tolak offer tersebut dan menyesal lagi. Tsk. Lepastu call balik suruh ambil tapi memang tak dapat la kan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak estima di highway tak boleh nak u-turn balik ke Shah Alam, tsk.

Tapi takpelah, petang tu dapat juga bunga telur dari kenduri tersebut dan dapat juga lah melihat rupa mempelai yang ada letak gambar mereka dekat bunga telur. Tiba-tiba ter imagine masa depan dan bayangkan macam mana bunga telur aku bila kahwin nanti. Nak letak tak gambar macam diaorang ni. Kalau letak macam best je, meh kita previu sikit...



Eh tak boleh jadi, nampak jerawat je la pulak. Takpe2, kita buat hitam putih je la, jimat kos sikit...



Arggghh! fine, tak payah lah letak gambar. T_T pasrah.

Hikayat Student FMS

Repost from FB note

Semalam merupakan hari dalam sejarah sebab habislah riwayat sebagai seorang foundation student. Terdapat bermacam-macam perasaan pada hari itu, ada yang suka suki dan ada yang tak. Walaupun ramai yang terfikir "yess exam dah habis lepas ni boleh tengok ariel" tapi mungkin mostly semua orang berbisik dalam hati, "lepas ni mesti hidup aku miserable tanpa kehadiran syarah" kecuali fadh, dia akan cakap "lepas ni mesti hidup aku misewable tanpa kehadiwan sya..."

Dan ada pula yang terlebih sedih. Antaranya termasuklah Cik Jutawan sebab air teh tarik hazelnut dia tak sedap. Nasib baiklah duli yang maha mulia permaisuri agong dah peluk dia pagi tu, mungkin dia rase comfortable sikit sbb lepas ni takkan jumpe dia dah...ingat tu aini, TAKKAN.

Selama setahun belajar di MSU tu, hari yang paling bersejarah ialah hari pindah kampus baru. Sebab akhirnya MSU punye tangga dah tak gelap dan steep. MSU punye kelas dah tak busuk dan air cond menitik. MSU dah tak banjir kalau hujan lebat dah. Ternyata semua orang pun happy pindah building, kecuali aku ngan Niko.

Aku dan Niko ingat kan tak kan capai kebahagiaan dah dalam kelas agame tanpa kehadiran jejaka-jejaka idaman dan putus harapan lepas ni x nak masuk kelas agame dah, tapi semuanya berubah bila ustaz masuk bab 3 tentang institusi dalam Islam. Tibe2, je semangat nak masuk kelas agame. Tibe2 je jadi murid yang produktif tanya macam2 soalan kat ustaz. Lepas tu kalau malu nak tanya soalan bisik2 kat shela suruh dia tanye kan.

Sedar x sedar dah berlalu pun setahun. Rasa macam baru semalam Tanusha jeling kat aku sebab x reti nak beratur waktu register dulu. Rase macam baru semalam menangis2 belajar fizik sebab suffocate dengan aroma Sir Saleem. Rase macam baru semalam rushing2 pergi kampus lepastu masuk lambat. Eh tu memang semalam pun.

Apa2 pun, semoga korang2 sume mencapai kebahagiaan sebagai pharmacist/doktor dalam masa hadapan. Ingat, pharmacist atau doktor je ye, macam Miss Azwa cakap.

Monday, November 2, 2009

Cut Already?

Memandangkan aku dah buta TV, sebab duduk asrama takde TV, aku pun terputus hubungan dengan dunia luar dan berpotensi untuk menjadi social outcast. Conthonya bila orang bercerita tentang iklan w1max cut already aku tak faham.

Yang iklan 'dah potong' tu aku faham la pasal sunat. Tapi bila aku baca paper ada mengatakan dalam Nang Niang Siam Pau (betul ke eja?) diaorang kata iklan tu lucah. Aku yang tak tahu menahu dan ingin tahu tapi terlalu malas nak google mencari solution dengan tanya kawan aku yang tak buta TV. Bak kata umi aku, senang betul jadi Syarah, semua tanya orang, ikut orang dan orang-orang. Oh well, buat apa nak susahkan hidup kan.

Aku pelik tentang iklan tu sebab dalam iklan 'dah potong?' cakap pasal sunat dan kahwin. Tapi iklan 'cut already?' tentunya tidak dibintangi oleh orang Islam, habistu apa yang cut nya? Setahu aku sunat hanya dituntut untuk penganut agama Islam dan Jews.

Kemudian baru lah aku tahu rupanya orang bukan Islam/Jews juga boleh memilih untuk sunat atas dasar kesihatan dan lain-lain lagi. Tu lah dah cakap, ada lah sebab Islam suruh sunat tu. Takde lah saja-saja suruh duduk atas buluh pakai pisau butter? Entah lah, aku tak sunat. Daripada TV, sunat tu bunyi nya macam tu je.

Nasib baik aku perempuan. Kalau tak, lenguh buntut aku duduk atas buluh tu.

As for me pulak, walaupun aku tak cut sunat lagi tapi aku dah cut dengan menggunakan perkhidmatan internet w1max.

Malangnya, aku terlupa pula aku terkasi Kak Sharifah bawa balik modem, walaupun boleh call dan minta tolong hantarkan tapi tak nak lah menyusahkan orang sampai nak kena datang semata-mata nak bagi modem. Doa kan lah aku boleh survive tanpa internet ni.

Antara sebab aku tak boleh survive tanpa internet,

1. Nanti boring
2. Tak tahu waktu solat memandangkan bilik takde tingkap kalis bunyi macam penjara
3. Kena pergi rostaran Ali nak online. Dah la aku makan lembab nak maut, terpaksa pula Ezzah bersabar dengan tahap kelembapan juggling makan sambil blogging.