Friday, July 8, 2011

Jangan Tegur

Dalam komuniti Malaysia atau lebih spesifiknya Melayu hari ini, walaupun dah konon-konon moden tapi mereka masih lagi percaya kepada perkara-perkara tahyul dan khurafat. Antaranya ialah percaya manusia boleh jadi malaikat. Err ada ke yang rasa macam tu? Jawapannya, ya ada sebab tu aku cakap macam tu.

Perasan tak, bila kita tegur orang je nanti mesti orang tu balas "kau tu bukannya baik sangat pun". Aku agak confuse di situ, aku memang tak baik sangat pun dan aku takkan jadi baik gila tanpa dosa sebab aku bukan malaikat dan aku takkan jadi malaikat. So, adakah kau bermaksud yang manusia tak boleh tegur kau? Malaikat je boleh? Kalau macam tu, sila tunggu Malaikat Izrail datang, waktu dia tegur kau tu kau boleh transfer ke alam lain.

Jawapan klise yang lagi satu kita selalu dengar ialah, "kubur lain-lain". Ye, memang kubur lain-lain sebab tu aku kena tegur kau sebab nanti Allah akan tanya aku sama ada aku tegur tak saudara seIslam, tak pernah dengar ke hadis...

"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah is mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklan dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim)

Tapi aku faham juga kenapa ramai orang melenting bila kena tegur. Lagi-lagi bila kena tegur perkara sensitif. Jadi, cara menegur pun perlu dititik beratkan juga. Memang la ramai orang melenting bila kena tegur sebab cara kau tegur tu macam mencabar orang. Aku sendiri pun kadang-kadang susah nak terima bila orang tegur aku.

Macam bila mak aku marah aku, nanti aku marah mak aku sebab marah aku lepas tu mak aku marah aku balik sebab aku marah dia sebab marah aku. Lepastu mak aku menangis sebab dia emo aku marah dia, lepas tu aku menangis sebab tengok mak aku menangis. Last-last bila bapa aku keluar bilik air, confuse dia tengok semua orang tengah menangis.

Jadi, waktu nak tegur orang tolong lah jaga suara. Kalau boleh jangan tinggikan suara. Gunakan suara mendatar atau lebih elok lagi suara lembut. Pasti kan niat menegur tu betul, bukan sebab kita nak sabotaj dia.

Kemudian, bila tegur tu kalau boleh cakap straight to the point. Tak payah nak berbunga-bunga sangat. Make it short and direct. Nak nya dah aku kata tegur dengan suara lembut, kau tegur dengan suara lemah gemalai, lepas tu cakap berbunga-bunga panjang berjela, kalau dapat ke bapa aku confirm dia dah tidur half way kau cakap tu.

Bila aku kata direct, maksudnya direct ye. Bukan dengan cara sinis atau sarkastik. Semua orang pun mesti lah hot kalau kau setakat nak tegur dia jangan bising je tapi kau cakap, "tahu lah mulut kau lagi besar dari Julia Roberts, tapi nak kena tunggu aku stapler mulut ke baru reti nak diam?". Aku rasa takde siapa suka kena tegur macam tu.

Dan yang paling penting sekali dalam menegur orang, pastikan korang memakai gigi palsu. Ini mungkin agak tak relevan sekarang tetapi lagi 30-40 tahun nanti bila korang dah hilang gigi baru korang faham.

Sebab waktu tu korang nak marah cucu tapi tak pakai gigi palsu, jadi dia tak faham. Jadi dia hanya mampu duduk ternganga dan cuba figure out apa yang korang cakapkan. Lepastu, korang marah lagi sebab dia ternganga. Urgh, tension.

Thursday, July 7, 2011

A Little Reminder

Of sitting on this chair and resting my weight against it. Staring on a multicolored screen that lies within my dense pupil of my round retina. My thoughts are scrambling over a million random things which focuses on nothing. Somehow, I choose to continue dancing my fingers over these tiny letters on my keyboard.

Should I publish this post, my thoughts would no longer be mine alone. Instead, for every brain cells that have worked on inventing these mere sentences which comes from the simple words of my vocabulary, I shall share my thoughts - nothing worth reading after all.

But I could have changed that. And I choose to changing it now. Little did I realize, everything that I'm doing now have been destined and written all along on the Lawh al Mahfuz.

For I am human. Mere mortals that only live to be the slave of My Lord. But I keep forgetting that. Breathing the air using these borrowed alveolus of lungs doesn't seem to be enough of a reminder for an ungrateful slave like myself. Have He not remind me to be? So He does...


Verily, We have shown him the way: [and it rests with him to prove himself] either grateful or ungrateful. [76:3]

Alas, I write this post intended to make it as a little reminder lest I (and you) stray our minds away from The Creator. With the willing of Allah, should you read this post, I hope it would bring your mind to something worthy of remembering - Thy Lord. Let this post be a short, pointless post but so long as you and I are reminded of Allah SWT, we would be rewarded for it. InshaAllah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

By (the Token of) Time

Verily Man is in loss

Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

[Qur'an:103]

Wednesday, July 6, 2011

Tolong Senyap

Aku rasa macam kebelakangan ni aku macam dah kurang bercakap sikit. Err, kenapa ya? Sebab aku tak tahu nak cakap apa kot. Gila tak kreatif jawapan. Mungkin juga sebab aku nak kurangkan dosa tak nak cakap benda merepek dah ataupun sebab aku nak lebihkan masa berfikir dari bercakap atau mungkin kerana aku duduk rumah sorang-sorang, nak cakap dengan siapa pulak kan.

Ye, sebab kalau aku tak sorang-sorang aku banyak cakap juga sebenarnya. Lagi-lagi dengan kawan rapat aku, kalau aku mula bercerita memang penuh gaya macam masuk pidato. Tambahan lagi dengan aku yang Little-Miss-Sarcastic ni, kalau bercerita tak sah kalau tak exaggerate. Contohnya, kalau aku jalan jalan kat MSU lepastu ternampak diri aku sendiri, mesti balik rumah aku cerita...

"Tadi kan waktu pergi MSU aku nampak ada satu pompuan ni hitam gile. Dah lah hitam, pastu pakai baju, tudung, skirt, kasut hitam pulak tu. Sekali pandang dah macam bayang-bayang tanpa tuannya. Dua kali pandang macam lembaga hitam pun ade gak. Kalau blackout mesti dia hilang dalam kegelapan, kesian mak bapak dia bila black out je kehilangan anak dia."

Jadi, bila difikir-fikir kan mungkin ada juga eloknya aku kurangkan bercakap ni. Almaklumlah, mengata orang memang berdosa. Lagi-lagi kalau mengata macam kat atas tu. Tolong la jangan mengata orang macam tu. Sedih tau. Tsk. Lagipun kan Rasulullah dah pesan...

"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(H.R. Abu Daud)

Memang tak elok betul perangai aku yang satu tu, moga-moga lepas ni berubah la. InsyaAllah, amin.

Tapi bila aku tak mengata orang, aku jadi tak tahu nak cakap pasal apa. Hehe. Sebab kalau setakat bercakap sebab nak break the ice je memang aku malas nak layan. Jadi, aku selalu end up senyum simpul bila orang cakap dengan aku. Lagi-lagi annoying stranger yang banyak cakap dan suka tanya soalan bodoh. Bila aku senyum tu bukan sebab aku malu ke apa ye, aku senyum sebab dalam hati aku rasa macam nak stapler mulut annoying stranger tu.

Annoying Stranger (AS): Tak makan ke?
Syarcastic Syarah (SS): Buta ke hapa? Nampak macam aku tengah makan ke? Kalau aku tengah makan pun macam mana aku nak jawab, tak belajar ke yang tak boleh bercakap waktu tengah makan? Semak betul la.

Tapi tu dalam hati la, yang sebenarnya aku hanya sekadar senyum simpul dan jawab "Errr, tak."

Ataupun kalau waktu tu aku tengah makan, nanti kena tanya lagi...

AS: Sedap?
SS: Boleh la, rasa macam taik sikit tapi terpaksa lah telan bukannya ada banyak sangat cafe kat MSU ni pun. Nak tak nak, kena la juga makan. Kalau tak makan kebulur pulak nanti.

Tapi in reality, aku hanya jawab sampai boleh la.

Nampak tak? Jadi, annoying stranger sekalian tolong la jangan tanya soalan bodoh, penat la nak jawab. Sekurang-kurang nya kalau aku malas nak jawab aku boleh lagi senyum simpul dan mengangguk atau geleng atau balas sepatah. Kalau dapat ke mak aku, lagi dia tak jawab terus. Tambahan lagi kalau waktu tu dia tengah pening.

Bukan pening "pening" ye tapi pening "Yang-I-pening-la". Macam bila bapa aku hisap rokok dalam kereta nanti mak aku akan mula la "Yang-I-pening-la". Ataupun bila bapa aku ajak pergi mandi sungai atau pergi picnic atau pergi dinner atau waktu balik kampung. Err, apa-apa je la yang bapak aku ajak nanti mesti mak aku "Yang-I-pening-la". Jadi, waktu kitorang pergi Port Dickson untuk reunion ex-Putra bapa aku, mak aku macam biasa la kan dengan "Yang-I-pening-la" dia tu.

Lepas tu bila sampai-sampai je duduk kat depan satu mak cik ni yang banyak cakap gila. Mak aku tak jawab sepatah haram pun tapi dia tak putus-putus tanya soalan. Dah mak aku tak jawab, dia pergi tanya kat aku pulak. Adoi, lemah betul. Kang aku berjangkit "Yang-I-pening-la" kang, haram apa dia tak dapat.

Kitorang pun cepat-cepat lah pergi dari situ, ambil kunci dan berkurung dalam kereta. Moral of the story, tolong la jangan kacau mak aku bila dia tengah "Yang-I-pening-la". Moral ke dua, kalau takde apa yang elok nak bercakap, lebih baik diam.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

Monday, July 4, 2011

Hari Jadi

Setahun sekali, akan tiba waktu hari di mana kita dilahirkan di muka bumi ini. Eh macam salah je ayat tu, bunyi macam kita dilahirkan setiap tahun pula. Ok, mari bina ayat semula.

Setahun sekali, akan tiba hari dimana kita meraikan hari kelahiran kita di muka bumi ini. Pada hari tersebut, baru lah kita dapat berhubung dengan rakan taulan dan kenalan yang kita hanya tegur pada hari jadi, hari raya dan hari kahwin. Pada hari tersebut barulah ada orang nak tulis dekat wall Facebook yang selama hari ini berhabuk dan bersawang.

Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Facebook sebab mengingatkan semua orang tentang hari jadi saya.

Selain meingingatkan semua orang tentang hari jadi aku, Facebook juga membolehkan rakan taulan menulis di wall aku. Jadi, bilangan orang yang nak hantar SMS atau call semakin berkurangan dalam setiap hari jadi yang mendatang.

Perkara ini memang menguntungkan semua pihak sebab tak perlu lagi membazir SMS penghantar dan penerima. Tak rasa membazir ke nak balas SMS bertulis "Tq" atau "K" atau "K, tq."?

Bila orang call lagi la membazir sebab nanti lepas orang yang menelefon tu mengucapkan selamat hari jadi dan aku hanya mampu jawab terima kasih sebab waktu kecil dahulu aku hanya belajar cakap "Please" dan "Thank you". Jadi lepas mengucapkan terima kasih aku terus terdiam dan dia pun terdiam dan suasana menjadi hening seketika dan kekok lama sebab dia expect aku cakap lagi tapi otak aku memerelukan masa yang lebih lama untuk memikirkan ayat yang sesuai untuk diucapkan.

Situasi macam ni paling sering berlaku sewaktu aku bercakap telefon dengan bapak aku. Bila mana aku sudah kembali ke tanah air tetapi keluarga aku masih berada di UK. Setiap kali bapa aku menelefon aku, dia hanya mampu bertanya soalan am seperti "Dah dapat elaun?" dan aku hanya menjawab "dah" dan kemudian suasana terus menjadi hening. Dua dua pihak terdiam sebab dua dua pun sama tak reti nak berborak. Sehinggalah aku terbatuk sikit atau cakap "Hmmm" lepastu ayah terus bertanya "Apa dia?" dan aku pun jawab takde apa apa lepastu suasana kembali menjadi hening dan kami terus terdiam lagi hinggalah bontot aku lenguh atau tangan aku berpeluh baru lah aku tanya ada apa apa lagi tak dan barulah situasi kekok kuasa 3 itu berakhir.

Nasib baik la sekarang mereka dah pulang ke tanah air jadi tak perlu lah bapa aku nak call lagi dan menghadapi situasi kekok tersebut lagi. Namun begitu, aku tetap mempunyai rakan taulan dan kenalan lain di sana yang cuba menghubungi aku semula sekembalinya aku ke tanah air.

Mula-mula berhubung semula di Facebook memang rasa agak teruja sedikit sebab dapat catch up dan berborak borak sampai tak tahu nak borak apa dah sampai terpaksa cakap yang aku kena pergi dulu semata-mata nak tamatkan perbualan tetapi lebih pelik sebab cakap je nak kena pergi tapi masih online lagi.

Kemudian, bila nak berborak lagi aku memang dah kekeringan idea nak cakap tentang apa tapi dia tak putus asa asyik tegur aku je sampai akhirnya aku terpaksa appear offline dekat mereka. Nasib baik mereka tak faham Bahasa Melayu jadi boleh lah luahkan perasaan di sini.

Tetapi sekali sekala kena juga lah merajinkan diri melayan mereka. Kalau hari kahwin tu orang panggil raja sehari, hari jadi ni macam artis sehari. Tak kisahlah siapa pun yang menegur dan nak berborak kita kena lah layan juga. Tambahan lagi untuk orang yang sudah meningkat usia menjadi 20 tahun, mungkin dia patut belajar untuk berborak dengan orang supaya tak jadi social outcast sangat dah.

Tak sangka, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Berusia 20 tahun bererti aku bukan lagi remaja belasan tahun. Aku sudah menjadi dewasa dan penantian aku sejak kecil yang teringin nak jadi dewasa sudah tamat. Aku memang tak sabar menunggu detik ini sebab bapak aku selalu cakap bila dah besar nanti aku jadi putih. Malangnya tak pun. Tsk.

Sama ada aku ditipu bapa aku lagi atau dia ingatkan anak dia ni anak itik yang kecil-kecil ugly duckling dah besar boleh jadi beautiful swan. T_T